Dirang dibunuh, bakar
Oleh Syed Ridzuwan Syed Ismail, Fahmi Mohd Yusof dan Nor Hazwani Hamat
2012/03/13
JOHOR BAHRU: Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang dilaporkan
hilang dari rumahnya di Flat Sri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 13 hari
lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia
yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Khamis lalu,
dilakukan.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25. Keputusan DNA itu hanya diperoleh kira-kira jam 2 petang semalam.
Rangka manusia itu dijumpai kira-kira jam 9 pagi dalam sebuah lubang yang baru digali di ladang itu, 3.5 kilometer dari rumah mangsa jika melalui jalan ladang dan 20 kilometer mengikut laluan biasa.
Nurul Nadirah dilaporkan hilang selepas ke kedai runcit di tingkat bawah blok perumahan bersebelahan kediamannya untuk membeli mi segera dan telur dengan membawa wang tunai RM4, dalam kejadian jam 10 pagi 1 Mac lalu.
Kehilangannya menimbulkan tanda tanya apabila sebelah seliparnya ditemui dalam kebun sawit berhampiran perumahan itu, manakala satu lagi ditemui 500 meter dari situ dengan telur yang dibelinya pecah dan mi segera bertaburan.
Sehingga ini, polis menahan empat individu termasuk bapa kandung mangsa dan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan.
Serpihan rangka manusia yang dibakar itu ditemui orang ramai lapan hari selepas kehilangan mangsa tetapi polis pada mulanya menyangka rangka itu individu dewasa berikutan saiznya,
Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia itu dibakar lebih daripada lima hari hingga sukar untuk mengenal pasti identiti serta jantinanya.
Roslan berkata, tempoh tahanan reman empat suspek termasuk bapa kandung Nurul Nadirah yang ditahan Khamis lalu, dilanjutkan bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan terperinci.
Katanya, bapa kandung mangsa ditahan sehingga 19 Mac ini manakala tempoh penahanan tiga lagi suspek termasuk sepasang suami isteri disambung sehingga 16 Mac.

Sumber : http://www.bharian.com.my/articles/Dirangdibunuh_bakar/Article
Al fatihah pada adik kecil Nurul Nadirah Abdullah @ panggilan manjanya Dirang...sebagai seorang ibu aku sedih sangat bila terjadi hal 2 macam nie....kenapa la ada lagi manusia2 yang kejam sanggup memperlakukan kanak2 yang tidak berdosa.....semoga penjenayah yg membunuh adik Dirang dapat ditangkap dan dihukum seberat2nya.....Semoga ibu adik Dirang, dapat menerima takdir ini dengan penuh kesabaran....
mmg sedih sgt2..wanie bc smlm terus meleleh..
ReplyDeletekejam sguh manusia zaman skrg..
kita kena beringat skrg ni kat mana2 pun mmg dah x selamat..jenayah ble berlaku bila2 masa.
sian ank yg x berdosa jd mangsa manusia berhati binatang!
Al-fatihah utk adik dirang..
Wanie...tgok news semalam sedih sangat....tak sangka ada jugak org yang tak berhati perut sanggup buat kanak2 kecil macam tu....kadang2 ida rasa tak selamat dah nak bawa anak2 kita keluar rumah...jenayah ada dimana2 ja...hhmmm terus teringatkan anak sendri....
Delete