Bawal masak sambal ni memang febret aku....tapi kena isi ikan yg betul2 lemak baru best....sedap dimakan bersama nasi yg masih panas....
Bahan2...
2 Ekor ikan bawal
Cili yg diblander bersama sedikit bawang putih, merah, belacan dan sedikit air asam jawa...
Kicap pekat
Sedikit sos cili
Hirisan bawang besar
Garam
Gula secukupnya...
Goreng ikan bersama kunyit dan sedikit garam sehingga garing
Tumiskan bawang putih dan merah...masukkan cili yang telah dimesin, kicap pekat dan sos cili......setelah naik minyak masukkan gula dan garam dan akhir sekali masukkan ikan bawal....
Jeruk Maman....pernah dengar tak ?...jeruk nie dibuat dgn sejenis daun dipanggil daun maman....simple jea caranya...Mula2 bersihkan dan masukkan daun maman kedalam bekas yg boleh ditutup....campurkan air bersama dgn segenggam nasi sejuk...perasakan dgn sedikit garam...dan biarkan selama 1-2 hari....selepas itu daun maman akan bertukar dari warna kehijauan menjadi kekuningan....sejak kecil lagi aku dah biasa makan jeruk maman....seeeddddaaaapppp sangat...
Kat bawah ada info mengenai pokok maman. Sumber Dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Maman
Pokok Maman atau nama sainsnya Cleome gynandra adalah sejenis sayuran yang ditanam secara meluas terutama di Terengganu dan Negeri Sembilan, Malaysia. Ia juga ditanam sebagai sayuran di kawasan tertentu di Asia dan Afrika.
Malah dikatakan nama Kemaman adalah dari nama maman. Di Negeri Sembilan, di antara kawasan tanaman utama maman adalah di Gemencheh. Kawasan ini termasuklah Kg Sri Asahan, Pekan Gemencheh , Kg Gedok, Sg Dua, Gemencheh lama, Kg. Sungai Kepong higga ke kg Sg Salah, termasuk juga Gugusan Felda Rokan.
Terdapat beberapa jenis pokok maman, diantaraya maman berbunga ungu dan maman berbunga kuning. Dikenalpasti terdapat juga pokok maman hantu yang dijumpai di Seberang Jaya, Pulau Pinang.[1]
Ciri
Pohon pokok maman ini boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 1
meter. Ia tumbuh secara menegak dan mempunyai batang dan ranting-ranting
yang berbulu atau berambut. Bentuk daun pokok maman ini mempunyai 5
helai daun membentuk satu kelompok. Manakala, pada bahagian pucuknya
terdapat tiga helai dan daunnya yang lebih kecil, ia boleh dilihat pada
berhampiran bunga pokok maman.
Bentuk buah pokok maman ini seperti kapsul bulat dan kepanjangannya
adalah diantara 2 hingga 11 sentimeter (sm), dan garis pusat buah maman
dalam ukuran 3-6 milimeter (mm).
Permakanan
Maman boleh dilakukan secara pemasakan sup atau dibuat sayur. Maman
dikatakan sangat pahit rasanya, dan bagi menghilang rasa pahit daunnya,
proses penjerukkan boleh dilaku. Di Afrika, yaitu dikawasan barat dan
timur, daun maman ini diproses dijadikan sos atau bahan pencecah. Juga,
daun maman boleh dilakukan sebagai acar (melalui proses penjerukkan
dengan campuran garam).
Bagi masyarakat Gemencheh, Malaysia, maman merupakan satu sayuran yang dimasak bersama dengan ayam, daging atau pun ikan bilis.Rendang maman boleh dikatakan satu juadah kemestian pada setiap hari raya.
Rendang maman ini boleh dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau pun nasi himpit.
Rendang maman ini memerlukan santan yang banyak, lada api yang
secukupnya dan juga asam keping untuk menghilangkan rasa pahit maman.
Perubatan
Daun dan biji maman, digosok pada kulit secara terus, boleh menyebabkan berlakunya kulit melecur dan radang.[2]
Biji maman (guna sedikit saja), jika ditumbuk lumat dan
kemudiannya ditelan, dapat mengeluarkan angin. Penggunaan berlebihan,
boleh mengakibatkan angin dalam perut. Sekiranya, ia direbus, air
rebusan biji ini boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme. Air rebusan tersebut, boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah). Ekstrak biji pokok maman boleh dijadikan racun serangga.
Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok,
diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa
sakitnya. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal, pada
reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala). Sekiranya
daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi
melincinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.
Akar pokok maman dapat membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Bagi mendapatkan penawarnya ini, akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman.
Pokok Maman |
Pokok Maman Yg Sudah Dipetik |
Jeruk yg sudah siap utk dimakan...dimakan bersama hirisan bawang dan cili padi |
uiii, lamanya x makan jeruk maman nie....kegemaran ni..
ReplyDeleteSedapkan...kat pekan nat byak org jual daun nie....hihihi
Delete