Saturday, March 31, 2012

RoTi GuLunG InTi SaRdiN

Senang ajea nak buat roti gulung nie....selalu kalau beli roti lambat benar nak abeh...so..satu2nya cara kena la buat roti sardin....


Sardin yg siap dimasak bersama bahan di atas....
Roti gardenia di stim @ di canai sehingga nipis
Letakkan inti sardin dan gulungkan
Siap digulung kemas2
Gaul dalam kuning telur yg dicampur secubit garam
Gaul pula dalam serbuk roti
Siap utk digoreng
Dah bole makan........................:)

Wednesday, March 28, 2012

Kisah FoLLoW uP aIRa @HSB

28 Mac 2012....pagi2 lagi mama kejutkan aira...sebabnya aira ada appointment dgn paed pukul 8.00 pg.di Hospital Sultanah Bahiyah tempat dimana aira dilahirkan :)... dulu mama pernah bagi tau dah yg aira kena follow up ngan dokter selama 2 tahun....oleh sbb kesihatan aira berada pada tahap yg memuaskan...maka dokter lanjutkan pertemuan aira dari 2 bulan ke pada 3 bulan sekali...


Sebelum pukul 8 mama, papa n aira dah sampai hosp...awalkan coz mama yg mintak appoinment aira dibuat kul 8 pg ....senang skit lagi awal sampai lagi cepat dpt nombor giliran....lagi cepat dapat jumpa dokter kan....dan yg pentingnya mama ngan papa tak yah ambil cuti cuma inform kat bos jea yg kami masuk lewat skit....(sikit2 pun dalam 2 jam gak la..hukhukhuk..)

Klinik paed ni di tingkat 2...mama nak cite sikit prosedur nak jumpa dokter...hihihi....firstly kena ambil no. giliran kat kaunter tingkat bawah.....tunjukkan sekali kad appoinment....dah dapat nombor, tunggu sehingga dipanggil...kalau staff gomen free tak perlu byar apa2 kalu private kena byr RM5.00.....kemudian kita akan dpt kad warna kuning......

Bawa kad tu naik ke second floor...selalu  mama akan naik guna tangga n papa akan bawa aira naik guna lif....sbbnya mama nak cepat ambil nombor...bagi kad kuning bersama appoinment kad then dapatlah nombor giliran...lepas tu terus trus bawa aira timbang kat bilik penimbang....bawah setahun kena buang sume pakaian then ukur pnjng, lenar kpala n berat...

Berat aira hari ni...(9 bulan) 8.5kg jea..naik skit coz aira skrg dlm proses mrangkak n asyik2 nak explore sana sini...panjang pulak 72 cm...dalam kul 9.15 aira dah jumpa dokter...biasalah la aira memang suka ngan dokter dari dlm tummy lagi every month mesti jumpa dokter....syokla dokter dukung2 jap pastu biarkan aira menirap n duduk sendri...dokter puas hati dgn perkembangan aira...n next appoinment 07 July 2012 pulak 3 months dari sekarang.......dokter ada bagi aira ubat titis kat hidung coz hidung aira tersumbat sikit...baru2  nie kan aira selsema.....

Entah apa yang dipandang tu...sonok tgok byk kwn2 sebaya

Mood yg swing2 di pg hari....
Tunggu giliran ambik ubat aira jap kat farmasi.....

Ngantuk tak sbar nak zzzzzzzz coz nie time tido aira kat umah....
Oooppsss nak cite satu lagi...rezki murah hari nie tadi aira dapat jumpa dgn akak Mawaddah....Syukurnya tak sangka bole jumpa kan...Sebenarnya mama selalu ziarah blog ummi Mawaddah...Alhamdullilah Allah izinkan kami bertemu...mama dapat sentuh dan pegang Mawaddah...seronok sangat2. ....selama ini mama tak pernah terpikir akan bertemu dgn Mawaddah.......nie blog ummi Mawaddah ......................................................................
http://dinoor.blogspot.com/

Sekian...........................................................................................................................................................................

Wednesday, March 21, 2012

Kasih Mama 9 Bulan Aira



Sudah 9 bulan umur aira...pagi nie mama sedih sangat nak tinggalkan aira...aira dari semalam asyik nangis jea...nak tidur pun susah....rupa2nya aira selsema dan hidung tersumbat...mujurlah mama ada simpan ubat selsema.....mama sedih sangat kecian tengok aira asyik nangis jea...nak nafas pun susah....bila aira mula tak sihat hati mama sedih sangat......perasaan seorang ibu memng macam ni kot....kalau boleh taknak anaknya sakit, tak nak org menyakiti anaknya....hanya nakkan yg terbaik kan....Oh ya, sekarang  aira dah 9 bulan...dah boleh duduk dgn sendiri....seronok mama tengok .....mama tak sempat nak mendidik abg aiman....namun mama pasti abg aiman telah mendapat didikan yg secukupnya di alam SANA....dan sekarang mama dipertanggungjawabkan utk mendidik aira...aira amanah Allah yang tidak ternilai pada mama....Insyaallah mama akan mendidik aira utk mengenali Allah, menjadi anak yg berguna, anak yang akan menyenangkan hati orang tua.......ikhlas dari mama......

Monday, March 19, 2012

Bihun/Mee/Moi Sup Utara

Bihun + Mee Sup

Beberapa hari nie hubbyku kurang sihat, sakit tekak dan demam....setiap kali hubbyku sakit masakkan yang wajibku masak adalah sup....ada dua jenis sup yang hubbyku suka setakat nie..satunya, sudah tentulah sup yg aku masak..dan satu lagi moi sup marrybrown.....
Aku pulak lebih sukakan mee dicampur dengan bihun....pic kat atas tu bihun+mee sup yang ku buat beberapa hari lepas....

Bahan2 yang diperlukan
Mee/ Bihun @ Moi
Daun bawang / daun sup
Lobak masin
Taukua
Bawang goreng
# Bihun perlu direbus bersama dengan sedikit serbuk kunyit untk mendpatkan warna yg agak kekuningan
# Jgn sesekali gunakan lebihan air rebusan bihun bercampur kunyit utk merebus mee sbb bila ia bercampur mee anda akan bertukar menjadi merah...sebaiknya gunakan periuk yg berasingan utk merebus mee dan bihun.....

Bahan2 Sup
Bawang merah
Bawang putih
Pelaga
Kulit kayu manis
Bunga cengkih dan lawang
Halia diketuk
2 Biji bawang besar diblend
4 biji bawang putih diblend
Serbuk perencah sup adabi
Serbuk kurma 
Ayam @ daging - Aku buat ayam
Air secukupnya 
Bawang goreng
Daun sup
Garam dan perencah hilal (optional)

Caranya...
Tumiskan semua bahan tumis sehingga garing...masukkan bahan yang diblender.
Masukkan juga perencah sup dan kurma ..masukkan air secukup2nya kalau bole lebih banyak....
Masukkan ayam.......renehkan ia sehingga ayam menjadi empuk...lebih kurang 15 - 20 minit..
Kemudian masukkan segala bahan perasa...daun sup dan sedikit bwg goreng untuk membangkitkan aroma kuah sup itu.......biarkan mendidih lagi dan siap......

Bahan Pes Cili
Bwg merah dan putih dikisar halus...
Serbuk cili kering
Air asam jawa
Sedikit sos cili
Sedikit kicap pekat
Air sedikit
Gula & garam

Caranya...
Campurkan semua bahan di atas didalam mangkuk kecuali bawang kacau sehingga sebati....
Tumiskan  bawang yang di kisar sehingga kekuningan....masukkan adunan tadi dan masak sehingga naik minyak....siap...


Saturday, March 17, 2012

Cerita Lunch Pulak Dah

Asyik2 cerita pasal masak memasak  jea kan...nak buat macamana tuan badan suka sgt memasak....:)....... Puding roti bersos kastard ku buat utk breakfast..so, untuk lunch pulak ini dia resepi yg ku sempat sediakan.......

1)...Resepi Kari Ketam Bernenas....Nenas tetap menjadi pujaanku....hihihi


Bahan2....
Ketam ( Ketamku saiz kecil jea) - ku potong kpd 2 bhgn
Nenas (Perlu di rebus dahulu dan ditoskan)
Bawang merah & Bwg Putih
Serbuk Kari Daging 1 Bungkus Kecil
Serbuk Kari Ikan ( setengah bungkus kecil)
Perencah Sup @ rempah kurma 1 sudu besar
Sedikit serbuk cili kering 1 sudu besar
Pati Santan (hanya setengah cawan)
Air (2 Cawan)
Garam, Gula & perasa (Aku guna perencah hilal)

Tumiskan bawang merah dan putih sehingga kekuningan....masukkan segala rempah ratus dan cili....masukkan sedikit air...tunggu sehingga naik minyaknya....
Kemudian masukkan santan dan lebihan air....tunggu sehingga mendidih masukkan ketam dan nenas...perasakan ia....siap......senang tak......

2) Resepi Sambal Telur Hancur


Bahan2nya..
Telur 4 biji
Pes Cili buatan senderi (Cili kering+belacan+bwg merah+bwg putih+jintan manis seciput jea)
Air asam jawa 2 sudu besar
Sos cili 2 camca besar
Kicap pekat 2 camca besar
Air (agak2)
Garam & gula

Cara membuatnya....
Tumiskan bawang putih dan bawang merah.....masukkan pes cili, air asam jawa, sos cili dan kicap pekat.... goreng sehingga naik minyak dan pastikan ia garing...
kemudian masukkan air...tunggu sehingga menggelegak @ mendidih dengan api yang sederhana sj...
masukkan telur satu persatu..perasakan dgn garam dan gula...biarkan....
bole di kacau apabila telur hampir2 masak.....biarkan sehingga air tadi kering.....siap.....

3) Masak Lemak Peria Dgn Udang


Bahannya....
Peria sederhana besar (Selepas dipotong perlu direndam dgn garam seketika...)
Udang
Santan pekat 1 cawan
Air sedikit
Bawang Putih, Bwg merah, halia 1 cm - ditumbuk halus
Sedikit asam gelugor
Serbuk kunyit
Garam dan serbuk perencah (Hilal)

Cara membuatnya....
Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga kekuningan.....masukkan santan, serbuk kunyit, asam gelugor, sedikit air....biarkan sehingga mendidih.....
Masukkan peria dan udang....biar seketika...perasakan ia.....siap.....

4) Ikan Sungai Goreng Berempah


Bahan2.....
2 ekor ikan sungai - bole dapatkan di pasar2 tani....
Perasakan dengan garam halus, serbuk kunyit, serbuk kari dan sedikit serbuk lada sulah...
Perap seketika........Setelah sebati bolehla di panggang @ digoreng.....
Sedap sangat kalau dicecah bersama air asam....... 


Puding Roti Sos Kastard

Nak cerita pasal resepi yang ku buat cuti minggu ni...dah lama hati teringin nak makan puding roti bersoskan kastard....sebelum buat ku google2 terjumpa resepi nie kat sini 
Pemilik blog nie namanya Fiza RH @ umisofie....(ku panggil Fiza coz rasanya kami nie sebaya...hihihi)...byak lagi resepi beliau kat dlm blog tu....semua sedap2....semua bahan dan adunan yg ku buat sama sebijik macam fiza buat....inilah hasilnya....sedap tak?
Puding sebelum dibakar..bahagian tepi roti aku masukkan sekali...
Puding yang sudah siap dibakar....garing kan bahagian tepi roti.......hhhmmm sedap.....
Nie pulak sos kastard...........
Siap Utk dimakan.....yg nie sos kastardnya agak cair.....
Hhhmmm sedap.....yang nie sos kastard agak pekat..............
Biarpun first trial tapi sedap dan licin dimakan.......:)Tq Fiza.....

Tuesday, March 13, 2012

Kejam Sekejam Kejamnya.....

Dirang dibunuh, bakar
Oleh Syed Ridzuwan Syed Ismail, Fahmi Mohd Yusof dan Nor Hazwani Hamat

2012/03/13

pix_gal0

JOHOR BAHRU: Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Sri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 13 hari lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Khamis lalu, dilakukan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25. Keputusan DNA itu hanya diperoleh kira-kira jam 2 petang semalam.

Rangka manusia itu dijumpai kira-kira jam 9 pagi dalam sebuah lubang yang baru digali di ladang itu, 3.5 kilometer dari rumah mangsa jika melalui jalan ladang dan 20 kilometer mengikut laluan biasa.

Nurul Nadirah dilaporkan hilang selepas ke kedai runcit di tingkat bawah blok perumahan bersebelahan kediamannya untuk membeli mi segera dan telur dengan membawa wang tunai RM4, dalam kejadian jam 10 pagi 1 Mac lalu.
Kehilangannya menimbulkan tanda tanya apabila sebelah seliparnya ditemui dalam kebun sawit berhampiran perumahan itu, manakala satu lagi ditemui 500 meter dari situ dengan telur yang dibelinya pecah dan mi segera bertaburan.

Sehingga ini, polis menahan empat individu termasuk bapa kandung mangsa dan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan.

Serpihan rangka manusia yang dibakar itu ditemui orang ramai lapan hari selepas kehilangan mangsa tetapi polis pada mulanya menyangka rangka itu individu dewasa berikutan saiznya,

Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia itu dibakar lebih daripada lima hari hingga sukar untuk mengenal pasti identiti serta jantinanya.

Roslan berkata, tempoh tahanan reman empat suspek termasuk bapa kandung Nurul Nadirah yang ditahan Khamis lalu, dilanjutkan bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan terperinci.

Katanya, bapa kandung mangsa ditahan sehingga 19 Mac ini manakala tempoh penahanan tiga lagi suspek termasuk sepasang suami isteri disambung sehingga 16 Mac. 

Sumber : http://www.bharian.com.my/articles/Dirangdibunuh_bakar/Article

Al fatihah pada adik kecil Nurul Nadirah Abdullah @ panggilan manjanya Dirang...sebagai seorang ibu aku sedih sangat bila terjadi hal 2 macam nie....kenapa la ada lagi manusia2 yang kejam sanggup memperlakukan kanak2 yang tidak berdosa.....semoga penjenayah yg membunuh adik Dirang dapat ditangkap dan dihukum seberat2nya.....Semoga ibu adik Dirang, dapat menerima takdir ini dengan penuh kesabaran.... 

Wednesday, March 7, 2012

AL-FATIHAH SALAM DARI MAMA


AL FATIHAH UTK ANAKKU DI SANA.....
Hanya doa yang mampu mama dan papa utuskan buatmu......
 Al fatihah - 06 Mac 2012 genap 2 tahun aiman meninggalkan mama dan papa......dua tahun lepas hati mama begitu sedih, susah utk melepaskan aiman dan bila hati ini  telah redha & mampu melepaskanmu terasa begitu tenang sekali jiwa mama........di saat ini mama amat bahagia kerana mama yakin aiman sedang bergembira...kebahagiaan itu tiada tandingannya di dunia ini....jika emas permata dapat mama dan papa limpahkan padamu setinggi gunung , jika kasih sayang mama dan papa padamu seumpama selautan  laut yg terbentang luas sekalipun namun takkan sama dgn kasih sayang yang Allah berikan padamu di SANA.....Rasailah sepuas2nya nikmat yg Allah takdirkan padamu.....mama bersyukur pada Allah kerana dapat melahirkanmu sayang.........semoga suatu masa nanti kita dapat bersama kembali....

Permata Hati Yang Selalu Bersinar.......................












Anakku Sayang

Serabut2 kat opis sj nak post nie....Cute tak?....anak2 mama yg setia menemani mama setiap hari di opis..........................

Mee, Laksa & Satay

Pagi kelmarin sebelum g keje dengan penuh kerajinan ku masakkan mee goreng utk breakfast....hhmmm kami suami isteri memang sukakan mee goreng especially mee goreng mamak.....tapi mee yg ku buat ni biasa jea dlm 10min dah siap...

Satu lagi favoriteku ialah Laksa....kira hantu laksa jugakla...hihihi......kalau nak lagi sedap tryla laksa dimkn bersama dgn satay dan kuah kacang........confirm tidak menghampakan......

Laksa+satay+kuah kacang amat menyelerakan :) Laksa my mum yg buat & satay ku beli di pasar malam....

Monday, March 5, 2012

Nur Aira Penawar Hidupku

Hidup bertemankan sepi....airmata...menangisi pada yg telah pergi...rindukan pelukan dan belaian manja seorang anak.....itulah hidup mama dan papa selepas pemergian abang aiman.......namun hidup perlu diteruskan jua.....Subhanallah, Alhamdullilah, Allahuakbar....Allah Maha Besar...Itulah ungkapan yg sentiasa meniti di bibir dan di hati...Allah mengurniakan kami peluang kali kedua utk merasai nikmat cahayamata......cahayamata penawar duka selama ini.....itulah NuR AiRa HusNa Bt NoRaMin............sesungguhnya kehadiranmu amat disyukuri oleh mama dan papa......

Kronologi kelahiran aira.........

01/11/ 2010
Sepanjang TTC sudah hampir 10 upt mama buat semuanya hampa belaka...namun akhirnya tercapai jugak impian mama utk melihat ini.....Alhamdullilah....syukur ....


Mlm tu jugak papa ajak mama buat scan di private clinic....hasil scan hanya nampak kantung bby sj.....klau ikut THA @ LMP sepatutnya sudah 8 week...dokter cakap sekurang2nya dah nampak bby....mama kena dtg scan lagi 26/12/2011.........sedihnya masa tu......

23/11/2010
Mama buka buku merah di klinik desa.....

25/11/2010
Mama kena Check up di KKIA...amat mendukacitakan bila hasil scan hanya nampak 'dot' sj....dokter tak boleh agak berapa usia aira masa tu....dokter rujuk mama ke Klinik Pakar (Early pregnancy assessment unit - EPAU) di Hospital Besar......Mama kena buat Tran Vaginal Scan (TVS)......

Mama frust sangat, dugaan menimpa mama lagi........mama buat keputusan tak mau ke hospital...sehinggalah pd suatu hari jm di klinik desa dtg melawat mama di rumah utk mengambil report scan tvs.....apa lagi kena marah la sbb mama tak pergi scan pun......jadi esok harinya dgn berat hati mama dan papa pun ke hospital....beratnya kaki nak melangkah ke hospital...byak kenangan pahit di sini.....

19/12/2010
Dengan berat hati dan berdebar2 kali pertama mama melangkah masuk ke EPAU...mama harap ada khabar baik nanti....Alhamdulillah dokter tak jd buat tvs sebaliknya scan biasa sj sbb aira dah nampak...mama ngan papa happy sgt2........

First scan 11w3d.......EDD 07/07/2011....Aira lahir 23/06/2011
Aira 15 Week................
Oleh sebab anak pertama mama meninggal jd setiap bln mama akan ada appoinment di klinik pakar di hospital.....19/01/2011,06/03/2011,07/04/2011,05/05/2011,31/05/2011 dan kali terakhir 21/06/2011...dan setiap kali mesti scan akan dibuat...
 
21/06/2011
Masa ni 37week 5 day....mama ada appoinment di klinik pakar....hasil scan...air ketuban kurang dan akan membahayakan aira...jadi...mama kena masuk wad utk di induce esok hari......

22/06/2011
Jam 7.00 pg mama di induce buat kali pertama.........malangnya bila Vaginal Exam (VE) dibuat hanya terbuka 2 cm.......

23/06/2011
Jam 7.00pg....Dokter pecahkan air ketuban....mama di bawa ke labor room...VE yg dibuat masa tu cuma 3cm.....mama hanya diberi masa sehingga pukul 2 ptg utk bersalin normal dan jika gagal mama perlu di operate....di labor room mama di cucuk ubat tahan sakit utk mengurangkan sakit......

Masa nie mama dapat rasakan betapa besarnya kuasa Allah Taala...tidak disangka2 tiba2 muncul dua org wanita ditepi mama.......mama tak pasti siapa mereka...mungkin dokter pakar tapi mama ingat lagi kata2 beliau....beliau ckp "Puan mesti cucuk antibiotik...puan ada GBS...kalau suntikan antibiotik tak ambil nyawa bayi puan dalam bahaya dan bole membawa kematian...." dalam keadaan mama yg agak mengantuk akibat disuntik ubat tahan sakit mama mengiyakan saja.....mama juga dgr beliau arahkan nurse yg ada supaya cepat2 inject mama......

syukur sangat rupa2nya Allah Taala gerakkan hati mereka utk menyelamatkan anak mama....kalau mama tak ambil antibiotik entah apa akan jadi pada aira...perkara yg sama berlaku pada abg aiman mungkin berulang kembali...Kali nie papa dapat masuk menemani mama bersalin....kemudian mama di induce dgn pitocin drip utk percepatkan bukaan rahim...tak sampai 1 jam mama berjaya lahirkan aira  secara normal  tanpa menggunakan sebarang alat bantuan....(mama hampir2 perlu dioperate).....Aira disambut oleh staff nurse....syukur alhamdulillah....Aira lahir pada 2.35ptg. @ Khamis....38week...dgn berat  3.52KG, HC 36 CM & LT 52CM...

Dugaan Lagi.......
Situasi kali ni mama rasa sama seperti mama lahirkan abg aiman..selepas aira lahir staff nurse tunjukkan jantina aira pd mama dan bila mama ckp perempuan terus mereka bawa aira pergi dari mama...tinggal la mama sorang2 mcm dulu.........tapi kali nie mama lebih redha dan kuat berbnding dulu...mama terima saja apa yg Allah takdirkan untk mama.....

akhirnya papa bagi tau aira kena dibawa ke NICU utk di pantau selama 48 jam....aira di suspect SEPSIS....ujian darah diambil sama prosedurnya seperti abg aiman....hanya Allah sj yg tahu perasaan kami suami isteri...melalui utk kali kedua....sama seperti dulu.....Alhamdullilah ujian darah aira bebas dari sepsis.....tapi perlu ditahan 2 hari di NICU...

Petang tu juga, papa sedaya upaya cuba dapatkan maklumat tentang aira.....agak payah sebab NICU dikawal ketat bukan seperti wad biasa....mujurlah pengawal keselamatan di NICU kenal papa...kebetulan dulu masa abg aiman di NICU beliau yg bertugas.....dgn bantuan beliau papa dpt bercakap dgn dokter yg merawat aira tapi melalui tel sahaja.....Alhamdullilah aira ditempatkan di bilik kedua....dokter cakap aira sudah minum susu, buang air kecil dan besar..semuanya normal.....pergerakan pun aktif...

Dalam pukul 6.00 ptg mama menggagahkan diri juga utk melawat aira....masa tu keadaan mama masih lemah lagi ....Hilang semua kesakitan yang ditanggung bila dapat menatap dan memeluk aira......Nie la saat2 manis pertama kali bersua dgn aira.....

Mama melawat aira di NICU....Pertama kali dalam pangkuan mama.....


Mama ingat lagi nurse yg sambut ckp aira pakai bedak sejuk dalam perut............masa lahir muka aira penuh dgn lemak putih.......

Aira Di "botakkan" kepala



Aira 1 Bulan



Aira 2 Bulan.......
Aira 2 Bulan..............

Aira 3 Bulan......

Aira 4 Bulan......................

Aira 5 Bulan.........

Aira 6 Bulan....................

Aira 6 Bulan..............

Aira 7 Bulan........


Aira 8 Bulan..............


Aira 8 Bulan........

Buah hati mama & papa....................
Aira.......Inilah kisah aira.......Bila aira dah boleh baca blog nie...ketahuilah betapa mama dan papa sangat sayangkan aira....mama berdoa semoga aira membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah, beriman, mencintai Allah dan berjaya dunia akhirat........mama sentiasa mendoakanmu sayang.............